Winnie The Pooh Glitter Wafa Little Black Dress ...: 2012
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 16 November 2012

Kebencian Melanda!!

Macamana nak post kat site kawan ni??? susahlah. Ish...

2013

Assalamualaikum semua. Semoga hari ni dan yang seterusnya akan menjadi antara yang terbaik dalam hidup masing-masing. Tahun hadapan sudah dekat, debaran kian rancak. Preparation...? Opps..hehehehe. Apapun, hope you guys had a nice day.

Monday 5 November 2012

Alahai si kawan seorang ni...

Persekolahan pada tahun ni agak baik. Cuma tu la, Wafa rindu kat Zulaikha sebab walaupun dia selalu jadikan Wafa macam kuli tapi 'still' okeylah dia bawa pengaruh rajin buat kerja sekolah dalam kelas dan tolong cikgu angkat buku. Tapi, kalau tahun ni, Wafa macam nak menangis. Pelajar KRK baik-baik tapi pelajar yang dipindahkan bersama Wafa daripada 2 A ke KRK ada yang suka menjadi bos dan pinggirkan Wafa. Dahlah kawan yang baik kat Wafa nak pindah, yang seorang tu pulak Wafa kena berhadapan tahun depan. Dia baik, masalahnya terlebih control dan manja sangat kadang2 dengan yang baik tu. Diorang tu kelas sama tahun lepas so yang manja tu suka cerita pasal kelas diorang tahun lepas. Wafa  pun buat tak tahu je la.Wafa nak pertahankan diri Wafa sebab awal tahun ni dia okey je tapi bila yang baik tu rapat dengan wafa dan macam tak pedulikan dia, dia suka sangat merajuk sampaikan si baik ni rapat dengan dia dan mula tak pedulikan Wafa. Wafa pun tak tahu yang dia makan hati. Biarlah..Tahun lepas Wafa rapat dengan Z dia rapat dengan Z, kat kelas 2 A Wafa rapat dengan F, dia pun nak rapat sama. Sekarang...Alahai...Apapun, je amour vous.

Bandung and Sunway Lagoon, Wait For Me!!!

Apa khabar semua? Hari ni Wafa tak sihat sangatlah. Namun, walaupun wafa kurang sihat tapi hati ini rasa bersemangat untuk menunggu hari pergi ke Sunway dan Bandung. Kalau ada makanan yang mengarut kat Bandung, Wafa nak balik jelah! Apapun, itu kisah tahun depan..hahaha! Tahun ni syarikat mama buat annual dinner di Sunway Lagoon selama...jeng3!!! Sehari je...:( Agak-agaknya.. apa kelebihan kedua-dua tempat tu ye??? Okeylah, bye2.. je amour vous...

Sunday 4 November 2012

Nak Buat Ke Tak Nak???

Hari tu Wafa dengan kawan-kawan dah plan nak buat penggambaran..Tapi bila tibanya hari yang dinantikan, semua hancur. Dengan cuacanya yang tak mengizinkan, pelakonnya beberapa orang sahaja..apa ni? Huru hara betul hari tu.Takpelah semoga Tuhan memberikan peluang kepada kami untuk melakukan penggambaran yang diimpikan sejak dahulu lagi..(untuk makluman semua esok adalah penggambaran kedua)Je amour vous!!!

Sakit Hati ke Senang Hati...

Hari ni Wafa pergi CC...Apalah, orang nyanyi sikit pun nak gelak. Geram tau. Namun apapun, hari ni Wafa akan dapat buku Teks Tingkatan Tiga...Yeah!!! Bebas daripada cengkaman Tingkatan 2. Tetapi,kepenatan akan menjadi berganda. Huhuhu...Cubalah dengar lagu Fun, We Are Young, best sangat sampai Wafa kemaruk dengan lagu tu. Hehehe...Bye!!! Je amour vous!

Saturday 3 November 2012

Impianku...

Tak sabar rasanya ingin melangkah ke alam dewasa yang penuh dengan cabaran dan risiko mendatang. Mengimpikan sebuah perniagaan bakeri diri sendiri aku rasai seperti hampir mustahil pula untuk dicapai. Namun begitu, jika kita sentiasa berusaha dan tekad dengan cita-cita sendiri pasti BOLEH!!! Huh! Gementarnya nak tulis novel!! Doakan Wafa ye!!! Je amuor vous!

Sabar jelah...

Mengapa tiba-tiba pula hati ini rasa resah pun Wafa tak tahu. Wafa berasa gementar untuk menuggu keputusan peperiksaan. Aku tahu aku berada di kelas yang tidak setaraf dengan Wafa(KRK). Tidak lama lagi cuti sekolah sudah bermula. Agrhh...apa-apa sajalah. Apa yang penting sekarang, Wafa mesti bersiap-sedia bagi menghadapi peperiksaan PMR tahun hadapan kerana tingkatan 2 tahun 2012 merupakan batch terakhir PMR. Huh, hanya Tuhan yang tahu betapa gelisahnya diri ini. Apapun, je amour vous!

Friday 13 July 2012

Mi Sup Ala2 MAGGI Ayam

Hai semua...wafa kembali lagi!!! ha, kali ni wafa nak kongsi sedikit resipi yang wafa cipta sendiri dengan semua orang...nama resipi ini ialah Mi Ala2 MAGGI Ayam...

Ramuan2nya...
Bahan2 untuk membuat mi...
>Tepung gandum
>Kunyit sedikit
>Lada hitam

Sebenarnya memang senang je nak buat caranya sama je dengan macam nak buat doh piza ye..cuma takde gula, garam dan yis serta telur kuning. Ok, kita beralih pula pada bahagian yang seterusnya.

Bahan2 untuk membuat sup ala2 MAGGI Ayam..
minyak
lada hitam
lada sulah (yang ada ajinamoto tu)
ajinamoto sedikit
garam sedikit
sayur2(terpulang)

Buat doh mi dulu nipis2, lepastu baru potong menggunakan pisau. Kita mesti ada 'feel', barulah sedap mi kita tu..Hehehe..sebarang kekurangan harap dimaafkan ye..je amuor vous..

Thursday 12 July 2012

Piza sosej

Hai semua... apa khabar? sebenarnya wafa sudah cuba buat piza ala2 sendiri.. memang jadilah..tak payah nak makan dekat restoran2 piza yang mahal2 tu..membazir je...ehehe..nanti wafa upload gambar piza tu ye...

Ramuan...
keju mozarella/krim prego (keju & herba)
sosej (ayam/daging)
mixed vegetable
tepung gandum
telur kuning (1)
garam(secukup rasa)
gula (secukup rasa)
yis (2 peket 80 sen)
marjerin(untuk doh & inti)
tepung gandum
nenas dalam tin
sos tomato (penting)
puree tomato/isi tomato(penting)
lada hitam/sulah
mayonis

Cara2 untuk buat doh piza...
campurkan tepung dengan telur kuning garam, yis dan gula dan kacau sebati. kemudian campurkan air sedikit demi sedikit dan buat pengudaraan untuk doh tadi. Jika nak tahu doh itu sudah boleh diuli, dimasukkan ke dulang pembakar, dicucuk menggunakan garpu dan diletakkan sedikit marjerin di atasnya, doh itu tidak melekat di tangan.

Tips...
tomato puree dan sos tomato sahaja yang perlu dimasak bersama marjerin dan dicampurkan sedikit keju.

tulah..memang simple sangat nak buat..hanya perlukan sedikit sentuhan kreativiti dan semua akan menjadi. Oklah, selamat mencuba semua... sebarang kekurangan harap dimaafkan...je amour vous..