Winnie The Pooh Glitter Wafa Little Black Dress ...: May 2013
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 23 May 2013

POP dan Bandung..

Assalamualaikum semua, kali ni wafa nak cerita pasal Bandung dan juga hotel POP yang memang TOP!!!

Bandung...
Okey, wafa nak kongsikan sedikit maklumat pasal bandung dulu. Memang Bandung ni agak sesak dan padat, tapi ada banyak tempat yang menarik dan murah kat sini. kawasan persekitaran kat sini agak kotor sikit..cuba2lah biasakan diri ya, walaubagaimanapun, kalau semua nak tahu, diorang kat sini bawa kenderaan macam mat rempit yang memang power punya...macam nak tercabut jantung ni bila angkot yang kitorang naik tu hampir2 nak langgar kenderaan lain..fuh..bagi sesiapa yang tak tempah kenderaan sepanjang bercuti di Bandung...naiklah teksi yang bermeter atau angkot bagi ahli keluarga yang ramai.. kitorang angkot pun 'on' je...tawar-menawar juga perlu untuk memastikan kita tak bayar berlebihan, hati2lah kalau kat jalan raya kat Bandung sebab kat situ ramai artis nyanyian tak diundang akan masuk ke dalam angkot dan minta duit masa diorang buat show(kalau pintu angkot tu tak boleh tutuplah)...okey, habis bab tu ya...seterusnya bab tempat yang menarik pula..pasar baru ada banyak telekung, ole2, pakaian dan sebagainya... ada yang murah dan ada yang sebaliknya...kat situ ramai bawa ala2 trolley jual minuman...lepas tu..Cibaduyut...haa..kat situ banyak barangan kulit macam beg tangan, tali pinggang, kasut dan macam2 lagi. harganya boleh tahan jugak..kena pandai pilih ya..pastu, toko tiga, dunia jeans levi's, louis dan jenama2 yang lain...harganya separuh daripada yang dijual di Malaysia...kat situ juga ada penjaja yang akan bawa barang jualan seperti keychain, beg, beg telekung dan busur..pastu tempat yang telah dilawati ialah..Bandung Super Mall..memang harga barang kat situ pun super2 jugalah...yang lain2 tu tak sempat kot..kalau diorang tengok penampilan kita ada ala2 orang kaya, memang diorang aim kita punya..lagi satu, kalau korang perasanlah kan..pakaian pengunjung BSM memang class... takda pun orang yang pakai tak smart..entahlah..apapun kat situ ada trans studio..satu kepala dewasa Rp 50 000/100 000..

 POP...
okey, POP memang best..hanya breakfast sahaja yang disediakan tapi memang okey..makanannya sedap..kalau sesiapa yang tak suka kopi atau teh tawar kena tambah gula yang disediakan sebab rasanya diorang memang tak bancuh dengan gula sekali..biliknya okeylah..paling maksimum 4 orang boleh muat satu bilik..(siapa yang pilih 2 single beds atau 1 king bed)kat sebelah lobi POP kan ada macam tangga menuju ke sebuah pintu kaca yang kat depannya ada pengawal...haa itulah pintu masuk ke Lotte apa benda entah..sebenarnya Lotte ni ala2 SOGO...best juga..ada game arcade..butik..restoran..KFC..dan macam2 lagi..kat POP ada housekeeping tau..schedulenya antara tengahari hingga pukul2 petang macam tu...ada kemudahan melayari internet kat lobi..24 jam..