Winnie The Pooh Glitter Wafa Little Black Dress ...: November 2012
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 16 November 2012

Kebencian Melanda!!

Macamana nak post kat site kawan ni??? susahlah. Ish...

2013

Assalamualaikum semua. Semoga hari ni dan yang seterusnya akan menjadi antara yang terbaik dalam hidup masing-masing. Tahun hadapan sudah dekat, debaran kian rancak. Preparation...? Opps..hehehehe. Apapun, hope you guys had a nice day.

Monday 5 November 2012

Alahai si kawan seorang ni...

Persekolahan pada tahun ni agak baik. Cuma tu la, Wafa rindu kat Zulaikha sebab walaupun dia selalu jadikan Wafa macam kuli tapi 'still' okeylah dia bawa pengaruh rajin buat kerja sekolah dalam kelas dan tolong cikgu angkat buku. Tapi, kalau tahun ni, Wafa macam nak menangis. Pelajar KRK baik-baik tapi pelajar yang dipindahkan bersama Wafa daripada 2 A ke KRK ada yang suka menjadi bos dan pinggirkan Wafa. Dahlah kawan yang baik kat Wafa nak pindah, yang seorang tu pulak Wafa kena berhadapan tahun depan. Dia baik, masalahnya terlebih control dan manja sangat kadang2 dengan yang baik tu. Diorang tu kelas sama tahun lepas so yang manja tu suka cerita pasal kelas diorang tahun lepas. Wafa  pun buat tak tahu je la.Wafa nak pertahankan diri Wafa sebab awal tahun ni dia okey je tapi bila yang baik tu rapat dengan wafa dan macam tak pedulikan dia, dia suka sangat merajuk sampaikan si baik ni rapat dengan dia dan mula tak pedulikan Wafa. Wafa pun tak tahu yang dia makan hati. Biarlah..Tahun lepas Wafa rapat dengan Z dia rapat dengan Z, kat kelas 2 A Wafa rapat dengan F, dia pun nak rapat sama. Sekarang...Alahai...Apapun, je amour vous.

Bandung and Sunway Lagoon, Wait For Me!!!

Apa khabar semua? Hari ni Wafa tak sihat sangatlah. Namun, walaupun wafa kurang sihat tapi hati ini rasa bersemangat untuk menunggu hari pergi ke Sunway dan Bandung. Kalau ada makanan yang mengarut kat Bandung, Wafa nak balik jelah! Apapun, itu kisah tahun depan..hahaha! Tahun ni syarikat mama buat annual dinner di Sunway Lagoon selama...jeng3!!! Sehari je...:( Agak-agaknya.. apa kelebihan kedua-dua tempat tu ye??? Okeylah, bye2.. je amour vous...

Sunday 4 November 2012

Nak Buat Ke Tak Nak???

Hari tu Wafa dengan kawan-kawan dah plan nak buat penggambaran..Tapi bila tibanya hari yang dinantikan, semua hancur. Dengan cuacanya yang tak mengizinkan, pelakonnya beberapa orang sahaja..apa ni? Huru hara betul hari tu.Takpelah semoga Tuhan memberikan peluang kepada kami untuk melakukan penggambaran yang diimpikan sejak dahulu lagi..(untuk makluman semua esok adalah penggambaran kedua)Je amour vous!!!

Sakit Hati ke Senang Hati...

Hari ni Wafa pergi CC...Apalah, orang nyanyi sikit pun nak gelak. Geram tau. Namun apapun, hari ni Wafa akan dapat buku Teks Tingkatan Tiga...Yeah!!! Bebas daripada cengkaman Tingkatan 2. Tetapi,kepenatan akan menjadi berganda. Huhuhu...Cubalah dengar lagu Fun, We Are Young, best sangat sampai Wafa kemaruk dengan lagu tu. Hehehe...Bye!!! Je amour vous!

Saturday 3 November 2012

Impianku...

Tak sabar rasanya ingin melangkah ke alam dewasa yang penuh dengan cabaran dan risiko mendatang. Mengimpikan sebuah perniagaan bakeri diri sendiri aku rasai seperti hampir mustahil pula untuk dicapai. Namun begitu, jika kita sentiasa berusaha dan tekad dengan cita-cita sendiri pasti BOLEH!!! Huh! Gementarnya nak tulis novel!! Doakan Wafa ye!!! Je amuor vous!

Sabar jelah...

Mengapa tiba-tiba pula hati ini rasa resah pun Wafa tak tahu. Wafa berasa gementar untuk menuggu keputusan peperiksaan. Aku tahu aku berada di kelas yang tidak setaraf dengan Wafa(KRK). Tidak lama lagi cuti sekolah sudah bermula. Agrhh...apa-apa sajalah. Apa yang penting sekarang, Wafa mesti bersiap-sedia bagi menghadapi peperiksaan PMR tahun hadapan kerana tingkatan 2 tahun 2012 merupakan batch terakhir PMR. Huh, hanya Tuhan yang tahu betapa gelisahnya diri ini. Apapun, je amour vous!